 |
| Dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh |
 |
| Pulau Weh aka Sabang |
Assalamualaikum
Aku panjatkan syukur tidak terhingga kepada Allah SWT Tuhan sekalian alam. Ini adalah tulisan aku yang pertama di dalam blog ini yang menceritakan pengalaman sewaktu berkelana dan melancong yang tidak seberapa ini. Sebenarnya aku pernah menulis blog kembara kira-kira 6 tahun lepas tetapi blog itu sudah bersawang dan aku pulak tidak mengemaskini hinggalah aku mengambil keputusan untuk menutup blog tersebut. Kini aku membuka lembaran baru dengan niat sekadar ingin berkongsi pengalaman dan cerita dengan teman semua.
Sabang dan Banda Aceh selama 5 hari 4 malam.
PENGENALAN
Bila disebut Aceh, tentu ramai yang teringat akan trajedi tsunami yang melanda wilayah di utara pulau Sumatera pada 26 December 2004. Banda Aceh merupakan ibunegeri serta bandar terbesar di wilayah Aceh ini.
Cara ke siniSyarikat penerbangan murah Airasia mempunyai penerbangan terus dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Bandara Sultan Iskandar Muda Banda Aceh sebanyak 3 kali sehari. Selain daripada itu, Sykt penerbangan Firefly juga mempunyai penebangan terus dari Lapangan Terbang Bayan Lepas (Pulau Pinang) ke Bandara Sultan Iskandar Muda Banda Aceh.
Setelah membeli tiket , aku pun mula membuat 'survey, 'study' peta , perkara menarik mengenai Banda Aceh dan Sabang. Aku terbang ke Banda Aceh pada 26 Januari 2019 lepas ..memilih untuk terbang dari KLIA2 ke Banda Aceh dengan penerbangan yang pertama ie pukul 7.40 pagi dan tiba di Banda Aceh pada pukul 8.10 pagi waktu Indonesia Barat (sejam lewat dari waktu Malaysia) . Harga yang aku dapat RM154.00 untuk 'return tiket' . Sepertimana yang ramai tahu, harga tambang Airasia ni sentiasa berubah-ubah, jadi kenalah selalu 'check' haha.
Bandara Sultan Iskandar Muda ke Pelabuhan Ulee Lheue (sebutannya U-le-le)
 |
| Jadual bot antara Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan (Sabang) |
 |
| Tiket express bot ke Sabang |
 |
| Penulis di hadapan Pelabuhan Ulee Lheue, banda Aceh |
 |
| Penulis di hadapan bot express Bahari |
Selepas melalui proses di immigration (sekejap sahaja, pegawai immigration tu tak tanya apa pun) dan bila dah keluar dari balai ketibaan , terdapat ramai pemandu teksi yang menanti untuk mendapatkan pelanggan mereka. Setelah tawar menawar, aku terus mengambil teksi dari sini ke Pelabuhan Ulee Lheue dengan tambang Rupiah 130,000 (RM38) .Setelah 30 minit, aku tiba di Pelabuhan Ulee Lheue dan terus membeli tiket untuk ke Pulau Weh. Sebenarnya penduduk tempatan memanggil Pulau Weh ni sebagai Sabang tetapi di kalangan pelancong dan juga untuk peta ianya dikenali sebagai Pulau Weh. Sabang itu pula adalah nama pekan di bahagian utara Pulau Weh. Memang dari Malaysia lagi, aku sudah berkira-kira untuk terus ke Sabang dahulu, menginap di sana selama 2 hari dan kembali ke Banda Aceh semula. Terdapat dua jenis bot/ferry yang membawa penumpang untuk ke Sabang (Pelabuhan Balohan) ie 'slow boat' yang mengambil masa kira-kira sejam 40 minit dan 'express bot' yang mengambil masa sekitar 50 minit (Jadual bot adalah seperti di dalam gambar) .
Sabang aka Pulau Weh
Setelah 50 minit , aku tiba di Pelabuhan Balohan. Di sini ramai sekali orang tempatan yang menawarkan sewaan moped dan skuter. Setelah bertanya kepada beberapa orang yang berlainan, harga sewaannya tetap sama iaitu Rupiah 100,000 untuk satu hari..ini dikira mahal jika dibandingkan dengan di Lombok, sekitar Rupiah 50,000 ke Rupiah 60,000 sahaja. Aku sewa sebuah Honda Beat untuk 2 hari. Menyewa motorsikal adalah cara terbaik untuk pusing sekeliling pulau kecil ini. Mengenai Pulau Weh aka Sabang ini , ia adalah sebuah pulau keci yang terletak di penghujung bahagian utara pulau Sumatera..pulau terbesar di Indonesia.
Kilometer Nol, Pantai Sumur 3 , Pantai Paradiso , Pantai Iboih , Tugu I love Sabang
Pulau Weh ni tak besar sangat, dengan motorsikal berbekalkan Google map, kita boleh je untuk meneroka keseluruhan pulau. Sedikit gambar-gambar untuk tatapan semua. Aku menginap selama 2 hari di Sabang Point resort, kira-kira RM100 untuk satu malam. Bilik yang mengadap laut (pertembungan Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi) dengan tiupan angin yang kuat sekali
 |
| Bilik penulis menghadap laut |
 |
| Sewa skuter untuk keliling pulau |
Kilometer zero atau kilometer nol adalah titik kosong, di sinilah titik permulaan negara Indonesia dikira..merupakan bahagian paling barat Indonesia. Untuk ke sini dari pekan Sabang tempat aku menginap mengambil masa hampir satu jam dengan skuter..perjalanan sangat mencabar bila semakin menghampiri KM nol, laluan mendaki bukit, dengan jurang yang dalam. Terdapat tanah runtuh yang belum dibershkan yang dibuka setengah sahaja .
 |
| Pantai Sumur 3 Sabang |
 |
| Pantai Paradiso |
 |
| Pantai Paradiso |
 |
| Sunset at Sabang |
 |
| Monumen KM Nol |
 |
| Penulis di hadapan KM Nol |
 |
| Gambar laut lepas, Lautan Hindi dari KM Nol |
 |
| Pantai Sumur 3 |
 |
| Tugu I love Sabang |
 |
| Di dalam kawasan Masjid Raya Baiturrahman |
 |
| Masjid Raya Baiturrahman |
Hari ke-3 Sabang-Banda Aceh Masjid Baiturrahman
Mengambil feri awal dari Sabang, ie pukul 7.30 pagi untuk kembali semula ke Pelabuhan Ulee Lheue. Jika terlepas feri ni, kena tunggu feri pukul 2.30 petang pulak sebab feri hanya 2 trip sehari kecuali Sabtu dan Ahad ada 3 trip. Setelah tiba ke Pelabuhan Ulee Lheue, aku mengambil teksi untuk ke hotel di Banda Aceh. Tambang 70000 rupiah (RM21.00) . Di Banda Aceh aku mnginap di Hotel Wisata yang terletak kira-kira 800 meter dari mercutanda Banda Aceh iaitu Masjid Baiturrahman. Terdapat banyak hotel di sekitar kawasan ni dengan harga sewa bilik yang berpatutan. Setelah berehat selama kira-kira sejam, aku keluar pada sebelah tengaharinya untuk ke Masjidraya Baiturrahman yang berdiri kukuh serta menjadi tempat berlindung mangsa-mangsa semasa tsunami melanda Banda Aceh kira-kira 14 tahun lalu. Sempat juga aku berjamaah untuk solat zohor di masjid ini. Tidak berapa jauh dari masjid ini terdapat pasar Aceh yang menjual aneka barang dari pakaian, kedai barang kemas dan lain-lain lagi.
Aku menghabskan hari ke-3 dengan berjalan kaki di sekitar kota Banda Aceh sambil 'window shopping' sahaja haha.
 |
| Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh |
 |
| Pasar Aceh yang terletak 300 meter dari Masjid Raya Baiturrahman |
Hari ke-4 Aceh Tsunami Museum, Kapal atas rumah Lampulo , Situs tsunami PLTD Apung, Pantai Lampuuk
Oh ya. untuk bergerak di sekitar banda Aceh ini, anda boleh memilih samada dengan menyewa kenderaan bersama supir (pemandunya) .biasanya harga yang ditawarkan adalah Rupiah 500,000 (RM147.00) untuk kenderaan dengan 4 penumpang untuk satu hari trip sekitar Banda Aceh bermula jam 9 pagi hinggal 5-6 petang. Di Banda Aceh juga ada perkhidmatan Grab Car serta Go-Jek iaitu sama seperti Grab car tetapi menggunakan motorsikal. Anda hanya perlu memuatturun applikasinya sahaja untuk membuat esanan secara atas talian. Kalau anda ke sana dengan kumpulan, menyewa supir adalah pilihan yang baik tetapi bagi yang datang secara solo , boleh memilih grab car atau go-jek.
 |
| Kapal atas rumah di Lampulo |
 |
| Penulis bergambar di hadapan Kapal atas rumah di Lampulo |
 |
| tugu peringatan kapal atas rumah di Lampulo |
 |
| Penulis di hadapan Muzium Tsunami Aceh |
 |
| Sebuah helikopter Polis yang rosak ketika operasi menyelamat mangsa tsunami 2004 |
 |
| Penulis di dalam muzium tsunami Aceh |
 |
| nama-nama mangsa-mangsa tsunami 2004 yang terkorban |
 |
| Di Situs tsunami kapal terapong |
 |
| Kapal kontena yang begini besar dibawa tsunami hingga beratus meter ke daratan |
 |
| monumen kapal terapong tsunami |
 |
| Pantai Lampuuk, sesuai untuk mandi manda, berkelah |
 |
| Penulis di Pantai Lampuuk, Banda Aceh |
 |
| Pantai Lampuuk yang bersih dan panjang |
 |
| Masjid Lampuuk yang turut tidak terjejas dengan tsunami walaupun kawasan sekitar rosak dipukul tsunami |
Hari ke-5 Banda Aceh-Kuala Lumpur (KLIA2)Aku menaiki penerbangan jam 11.10 pagi waktu tempatan untuk pulang ke Malaysia. Banda Aceh memang menarik. InsyaAllah ada rezeki mungkin akan ke sini lagi pada masa depan.
Itu sahaja serba sedikit mengenai tempat-tempat yang sempat aku kunjungi ketika lawatan aku ke Banda Aceh dan Sabang baru-baru ini . Aceh seharusnya menjadi pilihan kepada pelancong kerana :
1) Jaraknya yang tidak jauh dari Malaysia..bahasa yang sama, makanan halal mudah didapati. Ada penerbangan terus ke sana dengan harga tiket yang murah
2) Orang di sana peramah, mesra dengan orang luar..mereka suka ngobror (bersembang) bila tahu kita dari Malaysia
3) Makanan di sana sedap-sedap dengan harga yang tidaklah mahal sangat pun
4) Untuk kaki Shopping pun, Aceh seharusnya menjadi destinasi pilihan anda yang menawarkan banyak pilihan dan harga yang tidak mahal pun
5) Pulau Weh (Sabang) sesuai untuk berehat, snorkeling dengan air yang jernih..teruatama di teluk sabang , pantai Iboih..
6) Tidak ramai pelancong luar dari Eropah, Jepun, Asia Barat dll pun..hampir tiada boleh dikatakan di Banda Aceh. Terasa syok tu lain macam haha
Terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang tidak seberapa ini. Hingga ketemu lagi di lain blog.
Wassalam
Khairul Rizal :)
No comments:
Post a Comment