Monday, March 4, 2019

Menelusuri kesan sejarah kerajaan Sriwijaya di bumi Palembang Indonesia

Assalamualaikum

Kembali bertemu lagi di blog yang hampir sebulan tidak dikemaskini..yalah, tiada cerita baru, kan? :) Okaylah..Entri kali ini mngenai Palembang. Aku baru 2 hari balik dari sana jadi segalanya masih fresh lagi, eloklah aku tulis sedikit kisah aku ke sana..hanya short trip 3 hari 2 malam. Aku terbang dari KLIA2. Tiket aku bayar RM114.00 utk return KL-Palembang-KL ..kira okay la jugak. Palembang ni tak jauh mana sangat pun dari Semenanjung Malaysia kita. Terletak di Sumatera Selatan (Sumsel) , ibunegeri Sumsel.

MENAIKI LRT DI PALEMBANG

Aku tiba awal Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II jam 8.10 pagi waktu tempatan selepas sejam 20 minit terbang. Sebaik selesai sahaja melepasi immigration, aku terus mengambil LRT untuk ke Cinde , tempat aku mnginap yg terletak kira2 20 KM dari bandara. LRT Palembang ni memulakan operasinya pada August 2018 lepas..klu tak silap aku semasa Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dulu. Stesen LRT ni terletak tak jauh dari Bandara, keluar je dari balai ketibaan, jalan kaki je.belok kiri berjalan kira2 5 minit ambik escalator (ada signboard arah). Tiket pun murah cuma Rp10,000 (RM3.00) sahaja dari bandara ke Cinde.


Stesen2 LRT dari Bandara ke DJKA

Stesen LRT Cinde

Penulis di dalam LRT

Tiket LRT Bandara-Cinde cuma Rp10000
MENCARI SIMCARD DI PALEMBANG

Setibanya aku di stesen LRT Cinde, perkara pertama yg aku buat adalah mencari local simcard di kawasan berdekatan. Aku bertanya di Indomaret (mcm 7E jugak top versi Indo..di Indo tiada 7E setahu aku) ..alamak, tak dijual di situ. Cashier tu beritahu Indomaret yg lagi satu trletak tak jauh ada menjual.dia seterusnya menunjuk arah. Segera aku ke Indomaret kedua..lagi sekali diberitahu tidak dijual. Cashir di sini pun rekemen aku ke sebuah pasaraya berdekatan..tak jauh dlm 200 meter je..Namun bila aku smpai, pasaraya tu belum dibuka..katanya pukul 10 pagi baru buka...lagi satu jam..hanya aku dpt beli simcard di kedai yg ke-empat..Mula2 aku nak beli yg 8G dari Telkomsel dgn harga Rp45,000 ..malang lagi sekali setelah puas dicuba, handphone aku tak dapat mnggunakan line tersebut. Salesgirl tu cadangkn pula simcard kedua Axiata ...hanya 4.5G ..lega..hanya sekali try, terus boleh guna yg ni murah sikir Rp35,000 ...oklah sbb aku nak stay di Palembang pun cuma 3 hari je..cukup la data tu..lagipun kat hotel aku boleh guna free WiFi


Simcard yang aku guna di Palembang

JALAN KAKI CARI HOTEL
Dari Cinde aku jalan kaki cari hotel yg aku dah booked via Traveloka..tak jauh pun dari stesen Cinde..kira2 700 meter..dengan Google map, dlm 10 minit aku jumpa hotel. Lega aku dibenarkan check in awal pukul 10 pagi (aku dah minta under special request semasa booked aritu) . Utk bilik, aku bayar RM180.00 utk 2 malam termasuk sarapan..Hotel bertaraf 3 bintang. kira ok la, kan :) Setelah berehat kira2 sejam, aku keluar merayap..lagipun aku tak banyak masa sangat.


Pagi ni penulis lapar..sarapan di hotel



Bahagian Lobi Hotel penginapan penulis

Restoran Hotel

Menu utk sarapan

ORDER GO-JEK 
Apa itu go-jek? Senang cerita, gojek ni serupa grab car tu cuma yg ni guna motorsikal sbg transport nak hantar penumpang. Anda cuma perlu instal go-jek apps ni kat handphone dari Google Store atau Apple store. Lepas tu register info terus boleh guna...oh ya, kena guna data. Inilah cara yg aku guna utk bergerak sekitar bandar Palembang ke tempat2 menarik. Tambang murah, mudah dan cepat.


Resit daripada go-jek yg dihantar ke email setiap kali selepas antar penumpang 

HARI PERTAMATempat pertama yg aku pergi adalah ke Masjid Cheng Ho..Order Go-Jek, tak sampai satu minit terus ada response. Pemandu gojek jemput di tempat yg kita order dan hantar ke destinasi.
Lain2 tempat - Palembang Bird Park
                      - Jembatan Ampera
                      - Tugu Monpera (Monumen Perjuangan Rakyat)
                      - Museum Sultan Mahmud Badaruddin II
                      - Benteng Kuto Bersek

               
Jambatan Ampera merentasi Sungai Musi



Tugu Ikan Belido di Benteng Kuto Bersek


Iguana antara haiwan yg boleh ditemui di Palembang Bird Park

Palembang Bird Park - harga tiket masuk Rp50,000 (RM15) 

Tugu Monpera (Monumen Perjuangan Rakyat)

Antara barangan di dlm Museum Sultan Mahmud Badaruddin II

Masjid Cheng Ho

HARI KEDUA
- Religi wisata Quran Raksasa
- Bukit Siguntang (tempat makam2 pahlawan semasa zaman kerajaan Sriwijaya dahulu)
-Museum Balaputra Dewa
-Pasar Ilir 16
-Masjid Agong Palembang
-Palembang Indah Mall


terdapat beberapa makam pahlawan semasa kerajaan Sriwijaya . ini salah satu
lokasi di Bukit Siguntang palembang

Pasar Ilir 16, bersebelahan jembatan Ampera


Wisata Religi Quran Raksasa
Di pintu masuk Bukit Seguntang
Rumah Limas di Museum Balaputra Dewa
Antara barang pameran di Museum Balaputra Dewa
Pasar Ilir 16, antara pasar tertua di Palembang


MAKANAN
Kalau ke Palembang, makanan halal mudah je didapati..tak jadi masalah. Ini antara makanan yg aku try kat sana,,. ada yang aku tak ambik gambar pun haha


Nasi ngn ikan bakar, tempe , sayuran, sambal

pempek makanan org Palembang


menu kat sebuah outlet , food court kat Palembang Indah Mall

serius..teh botol ni mmg power giler
Ok ja kot buat kali ini. Palembang destinasi yg anda kena pergi. anda juga boleh ambik river cruise utk ke Pulau Kemaro yg terletak di Sungai Musi ..tp saya tak ke sini..tak dak masa.
Terima kasih sudi baca blog saya, Ketemu lagi InsyaAllah.
Wassalam :)


                   


Friday, February 15, 2019

Kat mana nak makan semasa travel?

Assalamualaikum

Entry blog aku pagi ni ringkas sahaja...pasal makan..ya makan.makan memang penting. kata orang makan utk hidup bukan hidup utk makan..dak gitu? Bg Muslim , antara prkara pertama dicari adalah mencari makanan halal. Sekarang ni muda, dgn bantuan Google, search je mana2 tempat yg kita nk pergi, adala nanti jawaban dia, Satu lagi, boleh download apps zabihah (apps utk mencari mana2 kedai/restoran halal) kat smartphone anda. Kalau gi ke Indonesia atau negara Muslim senang je, tapi macam mana pula kalau ke tempat2 yg muslim minoriti, mungkin tak dak org Muslim. Apa yg aku buat, cari masjid..kalau ada masjid, insyaAllah ada la nanti kedai makan mahupun gerai2 yg jual makanan halal.. kalau tak jumpa jugak, jadi vegan la sat haha..Dulu masa aku travel solo di negara China..aku start dari sebelah timur China, aku buat off the beaten track, masuk kampung di sana..mmg susah nak cari makanan halal skit di sini...aku jadi vegan..then makan roti je la haha. Bila dah smpai belah barat China,  tu senang je jumpa makanan halal, masjid pun belambak.


MAKANAN TEMPATAN
Bila kita travel, tentulah kita nak cuba rasa juga makanan tempatan..takkan nak makan kat KFC, McD semua tu, kan haha . Eropah..semua orang tahu kat sana serba serbi mahal dari sewa bilik, dorm, makanan..mahal bg standard kita sbb kadar tukaran matawang tidak memihak kpd kita, Ringgit kita kecik tetapi tak mahal bg mereka la. Jadi, seeloknya tak yah la nak buat prbandingan mcm tu, aku rasa. Aku besa makan nasi putih, lauk sedikit sayur dengan fishball di satu kedai halal di  Interlaken. Switzerland.. tau berapa harga? Swiss Franc 15 (RM60) .. time tu 1 SF = RM4 ..1 Euro pun RM4 ..skang 1 Euro dah RM4.80 ..jadi jgn kira dgn matawang kita, dah tentu la mahal haha... tp di Switzerland memang mahal pun..orang Belgium yg aku sembang semasa di Brussels pun ckp mcm tu haha.

Sarapan di Riomaggiore , Chinque Terre (Vernazza) Itali

Aneka kek di sebuah kedai di Paris, Perancis

Lain cerita pulak di Rome, ada banyak kedai makanan Asia, terutama makanan India Selatan, halal tak jauh dari Roma Termini . Murah Euro 5 boleh dapat nasi dgn lauk kari ayam. Semasa travel di Europe dulu aku bawak makanan yg dah di pek ..ada mcm2 jenama pun..aku bawak Brahim's ..ada nasi goreng, rendang dsbnya..nak makan, cuma panaskan guna air masak atau guna microwave oven.


pelbagai jenis coklat yg dijual di sebuah kedai di Brussels, Belgium
penulis di hadapan sebuah kedai soklat di Brussels

Kalau anda ke negara India atau Sri Lanka..di sini harga makanan murah.. Jangan terkejut bila anda order makanan spt nasi..depa akan bg dlm portion yg cukup banyak.utk 2 orang makan. Beberapa kali sy masuk ke kedai makanan yg berbeza, di bandar nerbeza semasa travel di Sri Lanka..semuanya letak nasi bnyak..bila minta sedikit pun, tetap banyak jugak haha..

Jangan keliru ye, memang nama hotel tetapi bukan hotel..ni restoran Muslim kat Nuwara Eliya Sri Lanka


Nasi bariani di sebuah restoran bandar Kandy Sri Lanka

Rice milk katanya, Galle Sri Lanka



Roti apa ntah nama, lupa.di sebuah Muslim restoran Bandarawela Sri Lanka



Uncle peniaga buah nyor di depan Galle Fort, Galle Sri Lanka



Thailand tentulah femes dgn tomyamnye..selain nasi goreng depa pun sedap2..harga pun tak mahal mana pun. Indonesia pula bg sy, bebek (itik) dia sedap samana gulai, salai ..


Nasi puteh , bebek goreng dan sambal..sedap. di Senggigi Lombok Indonesia



Banana pancake dgn coklat di bandar kecik Vang Vieng, Laos 



khao soi di sebuah restoran Muslim, Chiangmai Thailand..rasa maveles

  Oklah..cukup la kot no kongsi gambar makanan.ada banyak lagi.satgi orang lapar la pulak haha

Ketemu lagi InsyaAllah :)

Cerita sedih di bumi Phnom Penh

PENGENALAN 
Assalamualaikum

Bertemu lagi untuk kali ke-4 dalam penulisan blog aku. Baru nak sambung menulis..mood menulis ni mcm air laut pasang juga...sat dia naik sat dia turun kata orang utara.  Kali ni aku tulis pasal kembara singkat aku ke bumi Cambodia. Cambodia atau dalam Bahasa Melayu Kemboja , Khmer atau dulu disebut Kampuchea adalah merujuk kepada negara yg sama. Aku terbang ke sini dengan pesawat tambang murah Airasia dari Kuala Lumpur..tak lama mana sangat pun dalam satu jam 20 minit lebih kurang.


Kuala Lumpur ke Phnom Penh
TUK TUK DARI LAPANGAN TERBANG

Setibanya di airport, anda boleh menaiki teksi atau tuk-tuk utk ke bandar Phnom Penh, ibu negara Cambodia. Disebabkan aku travel solo, aku memilih tuk-tuk g tambangnya lebih murah dari dengan teksi. Dari 'research' akukat internet, rata2 pemandu tuk2 mengenakan tambang antara USD 5- USD 6. Kaalau dgn teksi antara USD10 - USD12. Setelah tawar menawar, saya dpt USD4 ..Ya , jgn terkejut, memang mereka di sana menerima matawang US Dolar selain daripada matawang mereka sendiri yg dipanggil riel. Rata2 tempat samada hotel, restoran, tambang dll mengenakan bayaran dl USD dan jika ada lebihan baki kecil, mereka akan beri dlm matawang Cambodia. Di Phnom Penh, aku menginaop tak jauh dari  riverfront Sg Mekong.


Di atas tuk tuk dari airport ke bandar Phnom Penh
 Sebenarnya bandar Phnom Penh ni tak besar sangat, kalau anda larat boleh je jalan kaki untuk cover tempat2 menarik sekitar banda. Anda juga boleh je memilih utk sewa tuk2 , deal je dengan pemandu2 tuk2 yg bersedia membawa anda ..kena ada bargain skill jugak utk dapat harga yg berpatutan.


National Museum of Cambodia

Royal Palace

Independence monument 

Sami menerima pemberian di awal pagi

Kawsan riverfront Sungai Mekong 

TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM

Terletak kira-kira 5 KM dari riverfront..Museum ni asalnya adalah sekolah yg digunakan sbg penjara utk tahanan dan seksaan  semasa regime Khmer-Rouge menguasai Cambodia (1975-1979) di bawah diktator zalim Pol Pot..mesti ramai besa dengar nama dia ni ..menurut sumber pada zaman pemerintahan dia, lebih satu juta rakyat Cambodia ditangkap, diseksa dan dibunuh dgn kejam. terasa sedih dan sayu melihat gambar tahanan yang diseksa.
Bayaran masuk : maaf sy tak ingat berapa sbb pergi sini tahun 2017 lalu

Bangunan sekolah yg menempatkan tahanan




gambar tahanan yg diseksa di dlm Tuol Sleng museum


Penulis di hadapan tugu di dlm Tuol Sleng Genocide Museum

Tuol Sleng genocide Museum
CHOENG EIK GENOCIDAL CENTER (KILLING FIELD)

Terletak kira2 13 KM dari bandar Phnom Penh. Nak gi sini buleh naik tuk2. sini jugak aku dah tak ingat berapa bayaran masuk.. kalau dengan audio (depa bagi headphone, siap penerangan ada dlm bahasa melayu juga) mahal la sikit. Seperti di Tuol Sleng, rasa sedih dan hiba melihat tengok tengkorak manusia..dewasa dan kanak2 , baju2 mangsa pembunuhan kejam pada zaman regim kejam Pol Pot lebih 30 tahun lepas.

Di dlm kawasan killing field

tempat pembunuhan beramai2

mangsa pembunuhan kejam dikebumi beramai2

Penulis di hadapan pintu masuk Choeng Ek Genocidal center

tengkorak mangsa2 pembunuhan kejam regime diktator Pol Pot

Laluan ke Killing Field

Tugu/bangunan menempatkan tengkorak mangsa2 pemunuhan kejam regim Pol Pot

MAKANAN HALAL 
Sebenarnya tidak susah pun nak cari makanan halal di Phnom Penh..berlambak ada..Google je, ada byk,,restoran2 kepunyaan rakyat Malaysia pun ada banyak di sana.
Nasi bersama tomyam 


Nasi goreng amok di sebuah restoran Muslim Phnom Penh

 Oklah..tu saja la kot..aku kat Phnom Penh selama 3 hari 2 malam je. Terima kasih sudi jenguk blog aku. InsyaAllah bertemu lagi..Aku tak berapa nak ingat sangat kalau nak tulis secara detail mngenai Phnom Penh ni..dah tak berapa nak ingat sbb dah 2 tahun pun haha..  Cheerio ;-)