Friday, February 15, 2019

Kat mana nak makan semasa travel?

Assalamualaikum

Entry blog aku pagi ni ringkas sahaja...pasal makan..ya makan.makan memang penting. kata orang makan utk hidup bukan hidup utk makan..dak gitu? Bg Muslim , antara prkara pertama dicari adalah mencari makanan halal. Sekarang ni muda, dgn bantuan Google, search je mana2 tempat yg kita nk pergi, adala nanti jawaban dia, Satu lagi, boleh download apps zabihah (apps utk mencari mana2 kedai/restoran halal) kat smartphone anda. Kalau gi ke Indonesia atau negara Muslim senang je, tapi macam mana pula kalau ke tempat2 yg muslim minoriti, mungkin tak dak org Muslim. Apa yg aku buat, cari masjid..kalau ada masjid, insyaAllah ada la nanti kedai makan mahupun gerai2 yg jual makanan halal.. kalau tak jumpa jugak, jadi vegan la sat haha..Dulu masa aku travel solo di negara China..aku start dari sebelah timur China, aku buat off the beaten track, masuk kampung di sana..mmg susah nak cari makanan halal skit di sini...aku jadi vegan..then makan roti je la haha. Bila dah smpai belah barat China,  tu senang je jumpa makanan halal, masjid pun belambak.


MAKANAN TEMPATAN
Bila kita travel, tentulah kita nak cuba rasa juga makanan tempatan..takkan nak makan kat KFC, McD semua tu, kan haha . Eropah..semua orang tahu kat sana serba serbi mahal dari sewa bilik, dorm, makanan..mahal bg standard kita sbb kadar tukaran matawang tidak memihak kpd kita, Ringgit kita kecik tetapi tak mahal bg mereka la. Jadi, seeloknya tak yah la nak buat prbandingan mcm tu, aku rasa. Aku besa makan nasi putih, lauk sedikit sayur dengan fishball di satu kedai halal di  Interlaken. Switzerland.. tau berapa harga? Swiss Franc 15 (RM60) .. time tu 1 SF = RM4 ..1 Euro pun RM4 ..skang 1 Euro dah RM4.80 ..jadi jgn kira dgn matawang kita, dah tentu la mahal haha... tp di Switzerland memang mahal pun..orang Belgium yg aku sembang semasa di Brussels pun ckp mcm tu haha.

Sarapan di Riomaggiore , Chinque Terre (Vernazza) Itali

Aneka kek di sebuah kedai di Paris, Perancis

Lain cerita pulak di Rome, ada banyak kedai makanan Asia, terutama makanan India Selatan, halal tak jauh dari Roma Termini . Murah Euro 5 boleh dapat nasi dgn lauk kari ayam. Semasa travel di Europe dulu aku bawak makanan yg dah di pek ..ada mcm2 jenama pun..aku bawak Brahim's ..ada nasi goreng, rendang dsbnya..nak makan, cuma panaskan guna air masak atau guna microwave oven.


pelbagai jenis coklat yg dijual di sebuah kedai di Brussels, Belgium
penulis di hadapan sebuah kedai soklat di Brussels

Kalau anda ke negara India atau Sri Lanka..di sini harga makanan murah.. Jangan terkejut bila anda order makanan spt nasi..depa akan bg dlm portion yg cukup banyak.utk 2 orang makan. Beberapa kali sy masuk ke kedai makanan yg berbeza, di bandar nerbeza semasa travel di Sri Lanka..semuanya letak nasi bnyak..bila minta sedikit pun, tetap banyak jugak haha..

Jangan keliru ye, memang nama hotel tetapi bukan hotel..ni restoran Muslim kat Nuwara Eliya Sri Lanka


Nasi bariani di sebuah restoran bandar Kandy Sri Lanka

Rice milk katanya, Galle Sri Lanka



Roti apa ntah nama, lupa.di sebuah Muslim restoran Bandarawela Sri Lanka



Uncle peniaga buah nyor di depan Galle Fort, Galle Sri Lanka



Thailand tentulah femes dgn tomyamnye..selain nasi goreng depa pun sedap2..harga pun tak mahal mana pun. Indonesia pula bg sy, bebek (itik) dia sedap samana gulai, salai ..


Nasi puteh , bebek goreng dan sambal..sedap. di Senggigi Lombok Indonesia



Banana pancake dgn coklat di bandar kecik Vang Vieng, Laos 



khao soi di sebuah restoran Muslim, Chiangmai Thailand..rasa maveles

  Oklah..cukup la kot no kongsi gambar makanan.ada banyak lagi.satgi orang lapar la pulak haha

Ketemu lagi InsyaAllah :)

Cerita sedih di bumi Phnom Penh

PENGENALAN 
Assalamualaikum

Bertemu lagi untuk kali ke-4 dalam penulisan blog aku. Baru nak sambung menulis..mood menulis ni mcm air laut pasang juga...sat dia naik sat dia turun kata orang utara.  Kali ni aku tulis pasal kembara singkat aku ke bumi Cambodia. Cambodia atau dalam Bahasa Melayu Kemboja , Khmer atau dulu disebut Kampuchea adalah merujuk kepada negara yg sama. Aku terbang ke sini dengan pesawat tambang murah Airasia dari Kuala Lumpur..tak lama mana sangat pun dalam satu jam 20 minit lebih kurang.


Kuala Lumpur ke Phnom Penh
TUK TUK DARI LAPANGAN TERBANG

Setibanya di airport, anda boleh menaiki teksi atau tuk-tuk utk ke bandar Phnom Penh, ibu negara Cambodia. Disebabkan aku travel solo, aku memilih tuk-tuk g tambangnya lebih murah dari dengan teksi. Dari 'research' akukat internet, rata2 pemandu tuk2 mengenakan tambang antara USD 5- USD 6. Kaalau dgn teksi antara USD10 - USD12. Setelah tawar menawar, saya dpt USD4 ..Ya , jgn terkejut, memang mereka di sana menerima matawang US Dolar selain daripada matawang mereka sendiri yg dipanggil riel. Rata2 tempat samada hotel, restoran, tambang dll mengenakan bayaran dl USD dan jika ada lebihan baki kecil, mereka akan beri dlm matawang Cambodia. Di Phnom Penh, aku menginaop tak jauh dari  riverfront Sg Mekong.


Di atas tuk tuk dari airport ke bandar Phnom Penh
 Sebenarnya bandar Phnom Penh ni tak besar sangat, kalau anda larat boleh je jalan kaki untuk cover tempat2 menarik sekitar banda. Anda juga boleh je memilih utk sewa tuk2 , deal je dengan pemandu2 tuk2 yg bersedia membawa anda ..kena ada bargain skill jugak utk dapat harga yg berpatutan.


National Museum of Cambodia

Royal Palace

Independence monument 

Sami menerima pemberian di awal pagi

Kawsan riverfront Sungai Mekong 

TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM

Terletak kira-kira 5 KM dari riverfront..Museum ni asalnya adalah sekolah yg digunakan sbg penjara utk tahanan dan seksaan  semasa regime Khmer-Rouge menguasai Cambodia (1975-1979) di bawah diktator zalim Pol Pot..mesti ramai besa dengar nama dia ni ..menurut sumber pada zaman pemerintahan dia, lebih satu juta rakyat Cambodia ditangkap, diseksa dan dibunuh dgn kejam. terasa sedih dan sayu melihat gambar tahanan yang diseksa.
Bayaran masuk : maaf sy tak ingat berapa sbb pergi sini tahun 2017 lalu

Bangunan sekolah yg menempatkan tahanan




gambar tahanan yg diseksa di dlm Tuol Sleng museum


Penulis di hadapan tugu di dlm Tuol Sleng Genocide Museum

Tuol Sleng genocide Museum
CHOENG EIK GENOCIDAL CENTER (KILLING FIELD)

Terletak kira2 13 KM dari bandar Phnom Penh. Nak gi sini buleh naik tuk2. sini jugak aku dah tak ingat berapa bayaran masuk.. kalau dengan audio (depa bagi headphone, siap penerangan ada dlm bahasa melayu juga) mahal la sikit. Seperti di Tuol Sleng, rasa sedih dan hiba melihat tengok tengkorak manusia..dewasa dan kanak2 , baju2 mangsa pembunuhan kejam pada zaman regim kejam Pol Pot lebih 30 tahun lepas.

Di dlm kawasan killing field

tempat pembunuhan beramai2

mangsa pembunuhan kejam dikebumi beramai2

Penulis di hadapan pintu masuk Choeng Ek Genocidal center

tengkorak mangsa2 pembunuhan kejam regime diktator Pol Pot

Laluan ke Killing Field

Tugu/bangunan menempatkan tengkorak mangsa2 pemunuhan kejam regim Pol Pot

MAKANAN HALAL 
Sebenarnya tidak susah pun nak cari makanan halal di Phnom Penh..berlambak ada..Google je, ada byk,,restoran2 kepunyaan rakyat Malaysia pun ada banyak di sana.
Nasi bersama tomyam 


Nasi goreng amok di sebuah restoran Muslim Phnom Penh

 Oklah..tu saja la kot..aku kat Phnom Penh selama 3 hari 2 malam je. Terima kasih sudi jenguk blog aku. InsyaAllah bertemu lagi..Aku tak berapa nak ingat sangat kalau nak tulis secara detail mngenai Phnom Penh ni..dah tak berapa nak ingat sbb dah 2 tahun pun haha..  Cheerio ;-)

Saturday, February 9, 2019

Santai di Pai, Thailand

Assalamualaikum

Lega sebab masih dalam mood rajin untuk menulis. Jangan jadi macam dulu dah la , mula2 je rajin lama2 malas haha. Kali ni aku nak tulis pasal Thailand la pulak. Thailand atau orang kita lebih suka sebut Siam, nama lama Thailand. Biasanya bila disebut Thailand ni orang akan teringat Bangkok, Phuket , Chiangmai , Pattaya, Krabi dan sudah tentu la Hatyai..bandar terbesar di selatan Thailand yg menjadi tumpuan warga Malaysia utk  gi 'soping' dan dan makan2. Kali ni aku nak tulis pasal Pai..Ya, Pai..mungkin ramai yg tertanya2 di mana letaknya pekan Pai ni? Hampa buleh menggugel je sebenarnya tapi aku bagitau jugak la. Ok Pai ni hanya sebuah pekan kecik je, kat atas bukit , di utara Thailand..klu ikut peta, ianya terletak di barat-laut Chiangmai..dalam 170 KM mcm tu la. Mungkin orang kita kurang kenal Pai, tetapi bila disebut Pai, ramai mat salleh bekpekers yang tau pasal Pai ni, rata2 yg aku jumpa  dah ke sini..antara tempat yg depa mesti pergi kalau dah pergi ke utara Thailand ni.





Peta menunjukkan kedudukan Pekan Pai

APA YANG ADA DI PAI? 

  • Oklah..Pai ni terletak di atas bukit, di utara Thailand lak tu..jadi di sana suhu memang sejuk..waktu atau bulan terbaik nak gi melawat di sana adalah antara Nov- Februari..bulan lain pun ok je...cuma antara bulan yg aku sebut ni suhu dia mmg jatuh hingga 14 - 16 Celcius bila sebelah malam. So, jangan lupa bawak jaket. Sesuai untuk berehat smbil menikmati udara segar..
  • Pai night market- ya, Pai ada night market..yang bestnya tiap2 malam ada night market, kat mana tu?..kat walking street orang panggil, betul2 di sepanjang jalan depan stesen bas Pai. Bukannya apa, di night market ni mcm2 ada jual, mcm2 jenis makanan..peniaga2 Muslim pun ramai..jadi makanan halal no problem.. kat Pai jugak ada sebuah masjid yg agak besar

    Peniaga minuman jual air dalam buluh..sedap gak



    Peniaga Muslim di Pai



    Mangkuk tingkat yg comel2 di Pai Night Market
Night market kat Pai walking street

  • Pai Canyon..lebih kurang 5 KM dari pekan Pai..mcm Grand Canyon kat USA tu la, cuma kecik je la yg ni..buleh daki ke atas, ada trail tengok pemandangan sekitar Pai..kalau rajin buleh tunggu utk layan sunset
  • Ada beberapa air terjun, ada hot springs jugak di Pai
oklah, ni cadangan aku je, sebenarnya ada mcm2 lg tarikan mengenai Pai ni..Kalau anda rajin, boleh je Google. banyak je aktiviti kat sana nanti haha


Suhu di Pai..sekitar pukul 9 pagi


Suasana di pekan Pai di waktu pagi

CARA KE PAI
Tiada direct keretapi ke sini, tiada bas ke sini..yang ada hanyalah dengan teksi , minivan jugak private transfer dari Chiangmai airport. Kalau anda nak yg murah tu, boleh ambik minivan 12 seaters..Van ada setiap sejam, seawal jam 8 pagi hingga ke jam 4 petang (kalau tak silap saya waktu last) bertolak dari Chiang mai arcade bus station..perjalanan ambik masa dlm 4 jam utk sampai ke Pai..tambang hingga Dec 2018 lepas masih lagi Baht 150 (RM18).

Penulis di Chiang Mai arcade bus station ambik minivan ke Pai

PENGINAPAN DAN MAKANAN HALAL
Ada banyak je tempat penginapan dari dormitory utk yg bajet hingga ke private room yg harga beratus RM untuk satu malam. Jangan risau..Sebenarnya saya dah ke Pai ni sebanyak 3 kali..semuanya saya walk in je untuk dapatkan bilik. Juga mcm biasa anda bleh jugak book online. Untuk penginapan dekat dgn Pai night market tu, selepas anda tiba di Pai bus station, kecik je stesen bas ni..anda keluar belok kiri jalan kaki dlm 10 minit..akan jumpa lorong2 kecik..masuk je, cari kat situ ada byk bajet accommodations klu nak walk in la haha.

Pasal makanan halal pula, macam aku bgtau kat atas...memang tak de masalah. ramai peniaga muslim..ada kedai makanan muslim ..ada masjid juga di Pai ni..dari Pai bus stesen , belok kanan jalan kaki dlm 10 minit akan jumpa masjid..besar jugak masjid ni..


Bilik sewa penulis, berkonsepkan homestay


Bilik sewa penulis di Pai, tak jauh dari Pai bus station..siap ada porch lagi haha.

SEWA MOTOR/BASIKAL

Sepanjang pemerhatian aku, kat Pai ni tak dak tuk tuk..jadi menyewa motor (sekitar Baht 150-Baht250) utk moped/skuter atau sewa basikal (Baht 50 - Baht 60) adalah cara terbaik utk pusing kawasan sekitar Pai hingga masuk ke kampung2. Google map sgt membantu, beli je local simcard..coverage memang bagus line internet kat Siam ni.
Sebelum anda sewa motor tu, pastikan check keadaan motor..mana ada yg patah ke, bengkok ke..ambik gambar..citer kat kedai..bukan apa , tak mau ada argument nanti..payah oo .
Sebenarnya ada byk je kedai2 sewa motor kat Pai ni..ada sesetengah kedai tu depa insist nak pegang passport kita sbg cagaran..sebolehnya elakkan! passport adalah dokumen yg sgt penting. survey kedai ke kedai..ada juga kedai yg minta kita bg deposit shj..biasanya Baht 1,000 ke baht 2,000..lepas antar motor , dapat balik duit asal jgn bg accident dah ler

penulis bersama motor sewa 
PAI CANYON, PAI MEMORIAL BRIDGE & SEKITAR PAI

Belanja sikit gambar hehe

Pai River

Jambatan buluh di Pai River

Ho ho ho Santa Claus pun turun kat Pai..aku pi time Christmas


Sign I am Pai..mcm kat Amsterdam pulak hehe

sekitar Pai



Gerbang pintu masuk masjid kat Al-Israq masjid Pai





Pai memorial bridge











Pai Canyon

Pai Canyon
Oklah kot,,banyak sangat boh gambar pun nanti orang muak pulak haha. Jutaan terima kasih kerana sudi melawat dan membaca nukilan aku yg tak seberapa ni. Jumpa lagi, InsyaAllah.
Wassalam