Thursday, February 7, 2019

Melihat tempat orang memang menyeronokkan

Assalamualaikum

Kata orang 'jauh perjalanan luas pemandangan' ..pepatah Inggeris pun ada berkata yang lebih kurangnya maksudnya " Walau seribu kali anda membaca mengenai sesuatu tempat tetap tidak sama bila anda sendiri pergi melihat tempat itu sendiri" . Anda suka melancong? Anda berada di dalam kategori mana..seorang pelancong atau seorang pengembara? Aku sebenarnya tidak berminat untuk membahaskan istilah ni..satu persoalan yang telah lama berlegar. bagi aku.simple je..diri anda, kehendak anda dan yang paling utama duit anda..maka terpulanglah anda hendak letakkan diri anda di dalam kategori mana..tak penting sangat pun bagi aku haha

PERSEDIAAN

Sebelum memulakan suatu perjalanan anda tentulah perlulah membuat persediaan. Apa yang hendak dibawa, seeloknya buat 'checklist' yg simple supaya tiada benda atau barang yang tertinggal. Setelah membeli tiket kapal terbang..bagi aku sendiri aku suka 'study' peta , kini mudah dengan ada Google map.hendak mnginap di mana, jauh tak dengan tempat2 yg anda hendak lawati kelak. search jugak kat Youtube..ada banyak video mngenai tempat yang anda ingin lawati tersebut..Ini secara tak langsung akan beri sedikit sebanyak gambarannya.  kalau hendak tempah bilik siap2 pun ok jugak. Kadang tu aku jenis walk in sahaja. Tetapi kalau anda pergi semasa 'high season' lebih baik book dululah haha.  Bila waktu yang sesuai nak melawat tempat tersebut juga perlu diambil kira. Kalau tak kena gaya, anda mungkin pergi musim hujan. Perlu juga sentiasa 'alert' dengan berita semasa tempat yang anda nak pergi tu. Kalau nak book bilik tu, ramai pun yang dah tahu...pilih je samada booking.com , agoda.com, asiago.com (sekadar beberapa nama)..juga kalau nak nginap di hostel tu boleh cuba di hostelworld.com , hostelbooker.com ..atau kalau nak couchsurfing tu di airbnb.com ..sekali lagi ini hanya cadangan aku sahaja la :)

TRAVEL ZAMAN DAHULU VS ZAMAN IT 
Kalau dulunya nak travel ni tak semudah sekarang. Dulu begitu bergantung kepada 'travel book'...opkos yang paling popular adalah buku2 travel dari Lonely Planet.
Buku travel Lonely Planet Sri Lanka ketika ke Sri Lanka dulu
Teringat aku, rata2 backpackers yang aku temui akan bimbit buku Lonely Planet ni dengan menggalas backpack yang gedabak saiznya haha.Travelers Jepun pula rata-ratanya akan membawa buku travel dalam tulisan Jepun..
Sangat berbeza bilamana munculnya internet, dengan ada Google map, ada smartphone , facebook , group travel  local simcard ,,ini semua sangat membantu pengembara2.

PASPORT DAN VISAPasport umpama 'nyawa' kita semasa di negara orang. Sentiasalah menjaganya dengan sebaik mungkin. bagi aku, aku letak pasport ini di dalam 'pasport pouch' yang digantung pada leher dan dimasukkan ke dalam baju. Pastikan pasport mempunyai tarikh sah sekurang2nya 6 bulan semasa anda ingin melancong. VISA..sentiasalah 'aware' akan keperluan Visa..samada negara yang anda ingin lawati itu memerlukan visa atau tidak. Ya, lagi satu..jika anda membuat pasport baru (menggantikan yang lama, samada tamat tempoh atau sudah penuh mukasurat) , seeloknya bawalah pasport lama bersama..bukan apa..mana tahu pegawai immigration mungkin banyak soal bila melihat pasport baru..yang belum ada cop..kalau dia banyak tanya, tunjuk je lah pasport lama tu haha.


Passport neck pouch


Seeloknya ambik gambar pasport di bahagian dalam (info mngenai kita) dan email kepada diri sendiri..bukannya apa..just in case kalau pasport hilang..nak jadi cerita handphone juga hilang..sekurang2nya kita ada back up plan..senang la skit nak buat report dan proses utk pasport sementara di kedutaan nanti.


DUIT (CASH) , ATM CARD , CREDIT CARD

Kalau travel ke negara2 Asean spt Thailand, bawak je Thailand baht (tukar siap2 di Malaysia) , sama juga Rupiah Indonesia. Kalau ke negara Indochina, bawak je US Dollar.negara2 Indochina Laos, Cambodia dan Vietnam ni depa terima USD selain matawang mereka sendiri. Asing2kan la duit tu..yang nilai besar simpan tempat lain dulu..yg kecik tu simpan je dlm wallet utk kegunaan harian.
Untuk kad ATM, jangan lupa untuk 'activate' international use...boleh je buat secara online atau kat ATM mesin tu. Jangan pulak lupa activate, nanti abis duit , tak leh keluarkan duit..lagi satu hal..nak kena call Malaysia pulak ...haha

Berapa nak bawak cash?..sebolehnya jangan bawak banyak cash sangat, agak berisiko, masukkan dlm bank utk keluarkan di sana kelak semasa kita memerlukan. Memang akan kena sejumlah fee semasa keluarkan dari ATM mesin tetapi lebih selamat dari bawak cash yg banyak..buatlah kiraan secara kasar akan perbelanjaan semasa travel nanti. Cara saya, akan asing2kan duit simpan di banyak tempat..in case of emergency, bukan kita minta tetapi lebih baik kita bersedia, kan ?

Kredit kad pula bagi aku la , hanya utk kecemasan sahaja.

Keukenhof Tulip Garden Lisse Netherlands
Blausee Lake, Berner Oberland Switzerland
Gili Trawangan Lombok Indonesia
Jung Kham Lake Mae Hong Son Thailand
Choeung Ek Genocidal Center Phnom Penh Cambodia

TRAVEL INSURANCE & SIMCARD

Belilah travel insurance utk cover kita semasa di negara orang nanti mcm etiqa insurance, axa insurance dan banyak lagilah  buleh Google hehe

Simcard juga sangat penting untuk kita travel. Dengan membeli local simcard, senang untuk berkomunikasi, utk Google map dll semasa tengah travel.

Simcard Telkomsel Indonesia dengan liputan meluas , speed internet pun laju
TRAVEL SOLO

Travel solo? tak bosan ke? Bagi aku ini biasa sahaja. Memang aku travel solo tetapi bila sampai ke sana, aku kebiasaannya akan cuba cari partner.. pair up dengan backpackers dari serata ceruk dunia untuk sehari dua, boleh lakukan aktiviti sama2..ada yang aku jumpa kat hotel , kadang tu kat stesen bas, keretapi dll.. yang penting jangan duduk diam, buat hal sendiri ja..memang la jadi boring.  jangan rasa segan atau malu je..Kalau malu, tak tau nak kata apa dah la hehe

The Blue Lagoon Vang Vieng Laos
Pantai Koggala, selatan Sri Lanka


IMMIGRATION


Immigration adalah tempat yang mula2 kita aklalui bila sampai ke sesebuah negara. Rata2 pegawaiimmi ni mmg muka serius pun. Bagi aku la, seeloknya kita ni pakai kemas skit, jangan la pakai selipar (walaupun aku tengok ramai mat saleh pakai selipar) hehe. beratur dengan elok, buat macam biasa..tak dnafikan walaupun dah berpuluh kali melalui immigation , akan tetap ada jugak sikitvrasa cuak walaupun kita bukan ada salah apa2 pun.
Bila dah tiba di garisan , utk giliran kita..jangan terus bergerak ke pegawai tersebut..tunggu hingga dia panggil..biasa dengan isyarat tangan je. Bagi salam.."good morning ke..good afternoon ke..good evening ke..jangan good night dah ler haha..muka senyum ..berlakon la skit haha..mata kita pula janganlah  liar memandang sekeliling. InsyaAllah akan dipermudahkanTidak dnafikan memang akan rasa lega bila dah lepas immi..tetapi pastikan pasport kita sudah dicop (stamped)  oleh pegawai immi. Dan jangan hilangkan 'arrival card' jika ada..sbg cth Thailand..kalau Indonesia, tiada. kalau hilang kad ni, satu masalah juga ketika nak keluar dari negara tu nanti.Sentiasalah respect budaya, orang di sana..  kalau nak ambik gambar tu, minta la izin dulu..tak rugi pun kalau kita sentiasa senyum dan berbudi bahasa, kan .
Rasanya tu sahaja kot buat masa skang..dah lewat ni, aku ngantuk dah . selamat malam semua. InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam :)


.

No comments:

Post a Comment