Friday, February 15, 2019

Kat mana nak makan semasa travel?

Assalamualaikum

Entry blog aku pagi ni ringkas sahaja...pasal makan..ya makan.makan memang penting. kata orang makan utk hidup bukan hidup utk makan..dak gitu? Bg Muslim , antara prkara pertama dicari adalah mencari makanan halal. Sekarang ni muda, dgn bantuan Google, search je mana2 tempat yg kita nk pergi, adala nanti jawaban dia, Satu lagi, boleh download apps zabihah (apps utk mencari mana2 kedai/restoran halal) kat smartphone anda. Kalau gi ke Indonesia atau negara Muslim senang je, tapi macam mana pula kalau ke tempat2 yg muslim minoriti, mungkin tak dak org Muslim. Apa yg aku buat, cari masjid..kalau ada masjid, insyaAllah ada la nanti kedai makan mahupun gerai2 yg jual makanan halal.. kalau tak jumpa jugak, jadi vegan la sat haha..Dulu masa aku travel solo di negara China..aku start dari sebelah timur China, aku buat off the beaten track, masuk kampung di sana..mmg susah nak cari makanan halal skit di sini...aku jadi vegan..then makan roti je la haha. Bila dah smpai belah barat China,  tu senang je jumpa makanan halal, masjid pun belambak.


MAKANAN TEMPATAN
Bila kita travel, tentulah kita nak cuba rasa juga makanan tempatan..takkan nak makan kat KFC, McD semua tu, kan haha . Eropah..semua orang tahu kat sana serba serbi mahal dari sewa bilik, dorm, makanan..mahal bg standard kita sbb kadar tukaran matawang tidak memihak kpd kita, Ringgit kita kecik tetapi tak mahal bg mereka la. Jadi, seeloknya tak yah la nak buat prbandingan mcm tu, aku rasa. Aku besa makan nasi putih, lauk sedikit sayur dengan fishball di satu kedai halal di  Interlaken. Switzerland.. tau berapa harga? Swiss Franc 15 (RM60) .. time tu 1 SF = RM4 ..1 Euro pun RM4 ..skang 1 Euro dah RM4.80 ..jadi jgn kira dgn matawang kita, dah tentu la mahal haha... tp di Switzerland memang mahal pun..orang Belgium yg aku sembang semasa di Brussels pun ckp mcm tu haha.

Sarapan di Riomaggiore , Chinque Terre (Vernazza) Itali

Aneka kek di sebuah kedai di Paris, Perancis

Lain cerita pulak di Rome, ada banyak kedai makanan Asia, terutama makanan India Selatan, halal tak jauh dari Roma Termini . Murah Euro 5 boleh dapat nasi dgn lauk kari ayam. Semasa travel di Europe dulu aku bawak makanan yg dah di pek ..ada mcm2 jenama pun..aku bawak Brahim's ..ada nasi goreng, rendang dsbnya..nak makan, cuma panaskan guna air masak atau guna microwave oven.


pelbagai jenis coklat yg dijual di sebuah kedai di Brussels, Belgium
penulis di hadapan sebuah kedai soklat di Brussels

Kalau anda ke negara India atau Sri Lanka..di sini harga makanan murah.. Jangan terkejut bila anda order makanan spt nasi..depa akan bg dlm portion yg cukup banyak.utk 2 orang makan. Beberapa kali sy masuk ke kedai makanan yg berbeza, di bandar nerbeza semasa travel di Sri Lanka..semuanya letak nasi bnyak..bila minta sedikit pun, tetap banyak jugak haha..

Jangan keliru ye, memang nama hotel tetapi bukan hotel..ni restoran Muslim kat Nuwara Eliya Sri Lanka


Nasi bariani di sebuah restoran bandar Kandy Sri Lanka

Rice milk katanya, Galle Sri Lanka



Roti apa ntah nama, lupa.di sebuah Muslim restoran Bandarawela Sri Lanka



Uncle peniaga buah nyor di depan Galle Fort, Galle Sri Lanka



Thailand tentulah femes dgn tomyamnye..selain nasi goreng depa pun sedap2..harga pun tak mahal mana pun. Indonesia pula bg sy, bebek (itik) dia sedap samana gulai, salai ..


Nasi puteh , bebek goreng dan sambal..sedap. di Senggigi Lombok Indonesia



Banana pancake dgn coklat di bandar kecik Vang Vieng, Laos 



khao soi di sebuah restoran Muslim, Chiangmai Thailand..rasa maveles

  Oklah..cukup la kot no kongsi gambar makanan.ada banyak lagi.satgi orang lapar la pulak haha

Ketemu lagi InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment