Friday, February 15, 2019

Cerita sedih di bumi Phnom Penh

PENGENALAN 
Assalamualaikum

Bertemu lagi untuk kali ke-4 dalam penulisan blog aku. Baru nak sambung menulis..mood menulis ni mcm air laut pasang juga...sat dia naik sat dia turun kata orang utara.  Kali ni aku tulis pasal kembara singkat aku ke bumi Cambodia. Cambodia atau dalam Bahasa Melayu Kemboja , Khmer atau dulu disebut Kampuchea adalah merujuk kepada negara yg sama. Aku terbang ke sini dengan pesawat tambang murah Airasia dari Kuala Lumpur..tak lama mana sangat pun dalam satu jam 20 minit lebih kurang.


Kuala Lumpur ke Phnom Penh
TUK TUK DARI LAPANGAN TERBANG

Setibanya di airport, anda boleh menaiki teksi atau tuk-tuk utk ke bandar Phnom Penh, ibu negara Cambodia. Disebabkan aku travel solo, aku memilih tuk-tuk g tambangnya lebih murah dari dengan teksi. Dari 'research' akukat internet, rata2 pemandu tuk2 mengenakan tambang antara USD 5- USD 6. Kaalau dgn teksi antara USD10 - USD12. Setelah tawar menawar, saya dpt USD4 ..Ya , jgn terkejut, memang mereka di sana menerima matawang US Dolar selain daripada matawang mereka sendiri yg dipanggil riel. Rata2 tempat samada hotel, restoran, tambang dll mengenakan bayaran dl USD dan jika ada lebihan baki kecil, mereka akan beri dlm matawang Cambodia. Di Phnom Penh, aku menginaop tak jauh dari  riverfront Sg Mekong.


Di atas tuk tuk dari airport ke bandar Phnom Penh
 Sebenarnya bandar Phnom Penh ni tak besar sangat, kalau anda larat boleh je jalan kaki untuk cover tempat2 menarik sekitar banda. Anda juga boleh je memilih utk sewa tuk2 , deal je dengan pemandu2 tuk2 yg bersedia membawa anda ..kena ada bargain skill jugak utk dapat harga yg berpatutan.


National Museum of Cambodia

Royal Palace

Independence monument 

Sami menerima pemberian di awal pagi

Kawsan riverfront Sungai Mekong 

TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM

Terletak kira-kira 5 KM dari riverfront..Museum ni asalnya adalah sekolah yg digunakan sbg penjara utk tahanan dan seksaan  semasa regime Khmer-Rouge menguasai Cambodia (1975-1979) di bawah diktator zalim Pol Pot..mesti ramai besa dengar nama dia ni ..menurut sumber pada zaman pemerintahan dia, lebih satu juta rakyat Cambodia ditangkap, diseksa dan dibunuh dgn kejam. terasa sedih dan sayu melihat gambar tahanan yang diseksa.
Bayaran masuk : maaf sy tak ingat berapa sbb pergi sini tahun 2017 lalu

Bangunan sekolah yg menempatkan tahanan




gambar tahanan yg diseksa di dlm Tuol Sleng museum


Penulis di hadapan tugu di dlm Tuol Sleng Genocide Museum

Tuol Sleng genocide Museum
CHOENG EIK GENOCIDAL CENTER (KILLING FIELD)

Terletak kira2 13 KM dari bandar Phnom Penh. Nak gi sini buleh naik tuk2. sini jugak aku dah tak ingat berapa bayaran masuk.. kalau dengan audio (depa bagi headphone, siap penerangan ada dlm bahasa melayu juga) mahal la sikit. Seperti di Tuol Sleng, rasa sedih dan hiba melihat tengok tengkorak manusia..dewasa dan kanak2 , baju2 mangsa pembunuhan kejam pada zaman regim kejam Pol Pot lebih 30 tahun lepas.

Di dlm kawasan killing field

tempat pembunuhan beramai2

mangsa pembunuhan kejam dikebumi beramai2

Penulis di hadapan pintu masuk Choeng Ek Genocidal center

tengkorak mangsa2 pembunuhan kejam regime diktator Pol Pot

Laluan ke Killing Field

Tugu/bangunan menempatkan tengkorak mangsa2 pemunuhan kejam regim Pol Pot

MAKANAN HALAL 
Sebenarnya tidak susah pun nak cari makanan halal di Phnom Penh..berlambak ada..Google je, ada byk,,restoran2 kepunyaan rakyat Malaysia pun ada banyak di sana.
Nasi bersama tomyam 


Nasi goreng amok di sebuah restoran Muslim Phnom Penh

 Oklah..tu saja la kot..aku kat Phnom Penh selama 3 hari 2 malam je. Terima kasih sudi jenguk blog aku. InsyaAllah bertemu lagi..Aku tak berapa nak ingat sangat kalau nak tulis secara detail mngenai Phnom Penh ni..dah tak berapa nak ingat sbb dah 2 tahun pun haha..  Cheerio ;-)

No comments:

Post a Comment